Sunday, May 24, 2009

warkah buat nizar..

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Walaupun dapat jadi Menteri Besar sekejap sahaja tapi tidak mengapa asalkan dapat cipta sejarah. Semuanya keranan kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat.

Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair.

Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP.

YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Serilah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar. Mahkamah Rayuan sudah memutuskan bahawa Dr Zambry adalah Menteri Besar yang sah di sisi undang-undang. Adapun, janganlah Dato Seri berduka hati kerana tidak dapat menambahkan rekod-rekod dunia seperti di atas.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran.

Amin.



Friday, May 22, 2009

surprise!

last week...exactly the same time i'm writing this new post..i was surprised gile-gile nye by my beloved one FAEZAR HANUM..hehehe i sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt2..sgt sgt sgt..saya terpaku yang macam tak bergerak-gerak..

ok cerita nye bermula pada hari rabu malam my sayang asked me what im going to do tomorrow (khamis) so i ckp la i nak pg main badminton ngn shahira and zulaikha..but she persistently asked me not to go..and i agreed..

Khamis ptg plot bermula bila shahira suruh i balik awal sbb ada kawan dia nak pass barang or dokumen to pass it back to shahira..so i ckp ok lah kan since kawan dia ni keje uia..haha so i promised shahira that i'll be there by 6.30pm (uia la)...tapi i cam dah terlewat sbb bz sgt kat ofis and 6.30 baru nak gerak...i mtk la number kawan shahira supaya snang i nak call..tapi mamat ni bleh plak cam nak bagi ke x nak bagi..so nevermind aaa kan

dipendekkan cerita i hanya sampai uia around 7.30pm..sbb jalan jem and saya pon melengahkan masa sbb nak jumpe kawan shahira and not important to me..kan??korang pon akan buat benda sama jgk btol x?hehehe so i called shahira and asked for kawan dia punye number tapi dia still x nak bagi..i begin to suspect something lah..

Jeng Jeng Jeng..bila i dah sampai kat parking aikol tuh baru i realized yang kawan shahira was my sayang..hehe i was shocked!!like an idiot i dok dalam kete and tersengeh-sengeh sbb she was the last person on my mind to be there hehehe..

she was holding 3 roses and it's for me..that was so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet yang..love u so much for it and its one of the best anniversary gift from you..hehe jahat oh org2 yang tau tapi kenekan i jgk..somehow, i enjoyed the time being with you..

lots of love from PWTC

Monday, May 18, 2009

menang tanpa bertanding??

PETIKAN DARI THESTARONLINE.COM

KUALA LUMPUR: The Barisan Nasional has decided not to contest the May 31 by-election in Penanti, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced on Monday.

“We feel it is an unnecessary by-election; we will not join in the Opposition’s political games,” said Najib, also the coalition chairman, after a Barisan supreme council meeting.


Berdasarkan kepada perkembangan semasa hanya lah Dr Mansor Othman Pengerusi PKR Pulau Pinang yang akan bertanding...adakah ini bermakna kerusi Penanti yang dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri itu akan dimenangi tanpa bertanding??

Sesungguhnya isu di Perak yang semakin meruncing tidak akan memihak kepada UMNO..justeru saya menyeru kepada Pemuda Umno Penang agar tidak berkecil hati kerana tidak diberikan green light oleh pucuk pimpinan..Apa yang penting adalah kerjasama dan menjadi tugas yang sukar untuk menyatupadukan bangsa yang semakin berpecah belah kini..



Wednesday, May 13, 2009

aku lihat layu dalam melayu..

aku lihat layu dalam melayu..
aku pasti bukan aku sorang saja yang nampak..
ada juga bercadang bertanya tuan punya tapi bercampur risau dan tak tergamak..
nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri..
jadi aku menyeendiri memerhati dan mengakui..
yang kita sendiri membiarkan bunga raya mealyu ke kanan..
dan biarkan bunga tak cantik mekar di kiri..

aku lihat layu dalam melayu..
tanah air kita yang punya kita siram kita baja tapi angin api kita lupa..
mereka merancang masa menjilat bangsa 13 harimau menjadi mangsa..
kita lupa nenek moyang kaya raya jangan sekali-kali digadai harta bendanya..

aku lihat layu dalam melayu..
takkan melayu hilang di dunia..
ya tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa..
petah berbahasa kudrat tak berjasa..
orang berbudi kita hanya tahu merasa..

aku lihat layu dalam melayu..
selalu lari bila dirapat selalu malu bila soalan diaju..
selalu segan memberi pendapat rela mengikut dari meneraju..
belum nyanyi sudah bersorak suka berjanji dalam borak..
bukan kata takde otak cuma tak berfikir di luar kotak..

aku lihat layu dalam melayu..
aku lihat layu dalam melayu..
aku lihat layu dalam melayu..
aku jadi sayu..

bunga menagis diam mendayu mahu jadi cantik tapi ragu..
aku merayu bangunlah semula hidup kembali jangan tunggu matahari mati..
cepatlah mekar seelum terlerai perjuangan kita belum selesai...

Tuesday, May 12, 2009

perak isssues..


Salam,

Baru seminggu dewan bersidang, belum pun reda kekecohan yang berlaku timbul pula isu yang baru..nizar diisytiharkan sebagai MB yang sah...phew~ macam-macam hal lah skang ni..yang penting isu di perak adalah satu isu yang tidak akan selesai dalam jangka masa terdekat..pokok pangkal nya ia adalah sebuah isu yang melibatkan undang-undang..sekali lagi saya tegaskan...Undang-undang

Mahkamah Persekutuan memutuskan 3 Dun diisytiharkan (by way of declaration) tidak kosong sebagaimana yang diwar-warkan oleh pakatan rakyat..enough said and done, a declaration is a form of order (penghakiman) and it's a judicial notice accepted as a judgment..justeru, it is impossible for a by-election to be held when the seat is not vacant...seorang journalist yang jahil tentang undang-undang berkata "a declaration is merely a declaration,it's not a legal order." common la how can a layman say such thing when she is ignorant of the law..she must be really stupid right?no wonder she didn't read law..haha

Keputusan kedua Mahkamah Persekutuan adalah berhubung dengan keputusan yang dibuat oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar, terhadap Dr Zambry dan 6 orang Exco-Exco Kerajaan Negeri adalah tidak sah dan terbatal..

Mahkamah Persekutuan juga telah secara tidak langsung memutuskan persidangan di bawah pokok yang berjalan adalah tidak sah dan tidak boleh dianggap sebagai persidangan dewan..in a simple way to explain, how can a State Legislative Assembley be held under a tree?adakah Perak sama seperti Negeri Pasir Berdengung seakan yang digambarkan dalam filem Tan Sri P. Ramlee?the most important thing that was missing is the royal address and the meeting was not gazzeted..Sultan tidak akan sekali-kali membenarkan MB dan Exco-Exco nya bersidang di bawah pokok..ini bukan sahaja memalukan Sultan malahan menunjukkan betapa incompetent nya Sultan untuk memberikan kemudahan kepada pentadbir-pentadbir di bawah naungan Baginda Sultan...

Pada persidangan yang lepas, Sivakumar telah dengan ingkarnya menolak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan apabila beliau mengarahkan agar ketiga-tiga YB bebas, Dr Zambry dan 6 Exco, untuk keluar dari dewan..to me this is an insult to our judiciary system!!
Yang lebih menyedihkan apabila melihat Adun-Adun yang telah dipilih oleh RAKYAT berkelakuan tidak ubah seperti binatang-binatang yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras..adakah ini yang RAKYAT mahukan??

Hari ini, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah..tahniah Datuk Seri..at the same time takziah Dr. Zambry, let see how will the people react to this..pelantikan adalah dibuat oleh Sultan Perak sendiri setelah meniliti calon yang memiliki majority vote of confidence of the house...tidaklah hebat ilmu di dada ingin menidakkan findings of the court and the learned judge Datuk Abdul Aziz..however, i was of the opinion that the law should not be interpreted stricly that it requires the vote to be done in the State Legislative Assembly..i would say that any place can be a State Legislative Assembley as long as it is gazzetted..tujuan gazette bererti mendapat perkenan Sultan..tidaklah dapat dinafikan bahawa Sultan telah memanggil Dr. Zambry dan Nizar beserta 3 Adun Bebas untuk menghadap Baginda di dalam Istana Baginda sendiri dan melantik Dr. Zambry sebagai MB bagi kerajaan yang baru..

This is the beauty of our legal system and the independent of our judiciary...namun, apabila keputusan diumumkan oleh badan kehakiman tidak memihak pihak yang kalah, mulalah mulut bersuara, press conference dibuat, blog ditulis dan sebagainya..kepada journalist yang saya temui tempoh hari, Nizar telah disytiharkan sebagai MB yang sah by way of declaration..can u still say a declaration is a merely declaration and do not have any legal execution?sebagai seorang yang mempunyai latar belakang undang-undang ingin saya tegaskan bahawa segala penyelesaian harus lah dibuat berdasarkan kepada prinsip undang-undang..but do remember one thing, u can win a case not becasuse u're right but because of a great lawyer that u appoint..wassalam

Monday, April 27, 2009

Hilang lagi….






Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa
Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL

Sunday, April 19, 2009

disebalik cuti..

yeahhhhh!!!

cuti dah start and saya ada banyak masa untuk dibuang..dan yg paling penting dah xde lagi org nak bising2 kalau saya nak tido pagi2..hahaha sorry sayangku, kalau nak pg klas ok u boleh kejutkan i..tapi skang dah cuti..xleh2..jgn marah ye yang hehe kinda miss you kejut i pagi2 suruh bgn pg klas jgk..

i'm going to jogjakarta this time around...hummm dah bukan rezeki nak buat camne..tapi xpe i've made up my minf nak kembali bekerja di tempat lama..bos, thank you bagi i chance..ummm so sayangku bleh aa kejut i pagi2 pg keje plak kam?kam?

smalam pg tgk movie ngn sayangku pastu straight balik kuantan..huhu terpaksa aa berkorban sket sbb pasni cuti 3 bulan takut lama sgt x jumpe sayangku nanti rindu plak..i'allah kawan2 abg dia nak kawin so bleh la korang teman saya pg jumpe kan??hehe xde lah nak pg kenduri sgt pon tapi nak jumpe sayangku jer..

ramai orang mungkin akan berseronok tapi jangan lah kita leka kerana ini adalah cuti yg terakhir buat kita semua..hopefully ada yang sudah bersedia menempuhi alam yang baru menanti di kemudian hari..jgn asyik nak berseonok jer..untuk sayangku, i x pernah suka cuti panjang2 nih sbb nye u pon tau kan..tapi xpe im gonna miss u and i janji i akan msg u hari2! love u :p